Ahad, 25 Julai 2010

Pesanan Abul 'Ala Al-Maududi kepada Mahasiswa :




"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah.

"Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.

Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si 'pembunuh' sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.

Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk.
Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."
---------------------------------------------------
Fikir2kan wahai mahasiswa yang berada dalam golongan 4.29 juta yang belum mendaftar sebagai pengundi!

wahai saudara semahasiswa ku! kuasa ini adalah milik kalian, jadi gunakanlah kuasa ini untuk menentukan hala tuju negara kita. kalau kalian tidak ambil tahu maka siapa lagi yang akan pedulikan nasib rakyat di tanah air ini.. para pemerintah kini terus menerus merompak harta rakyat dengan mengurangkan subsidi barang keperluan, peningkatan kos pendidikan, sedangkan masih ramai lagi rakyat yang miskin yang masih belum terbela. adakah kalian redo dengan pembantaian ini? buka hati dan buka minda, jangan biarkan mereka-mereka ini terus memperbodohkan kalian, terus membunuh keintelektualan kalian dengan nikmat keseronokan dunia yang sementara. ayuh kita bangun dari segala kelalaian .... bangkitlah warga mahasiswaku sekalian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan