Khamis, 22 Julai 2010

AKULAH SINGA ITU




ku bersyukur kerana menjadi khalifah di muka bumi ini
hidup ini akan ku teruskan dengan penuh semangat dan tabah
walau apa jua badai yang datang
ingin ku julang impian, menegakkan cita-cita
aku yang bangun dari segala kesusahan
hari ini aku akan berlari dengan satu tujuan
yang jitu menggarap seluruh kejayaan
biarpun sejarah silamku pernah silap dan gagal
dan itu adalah aku
kini ku himpun segalanya
dan ku seret untuk merancang
satu kemenangan sebagai kemuncaknya
akulah singa itu!
hari ini aku berlatih dan bertatih
biar sasaranku tepat, tegas, cekap pantas dan rasional
sempadan pada cita-citaku ialah Allah dan Rasul-Nya
benar pada segala matlamat, hakikat dan makrifat.
akulah singa itu!
santun pada segala adat alam dan fitrah kejadian
biarku jadi insan yang merangkul setiap kejayaan
seperti Sayidina Umar al-Khattab
singa yang dikeluarkan oleh rasul daripada dirinya
atau Umar Abdul Aziz
menjadi singa kebenaran dan ketelusan
kini aku sudah bersedia memburu
untuk mencapai sasaran, bebanan dan tanggungjawab
dan risiko ini memaksa aku menjadi seperti seekor singa
tafakur sebentar aku di sejadah peta dunia
membayangi kehebatan ilahi
menikmati segala anugerah-Nya
menjalankan tugas sebagai khalifah
ibarat singa yang gagah perkasa
di dunia belantara..

-Rusnah Abu Samah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan