Rabu, 28 Julai 2010

BABI DAN ULAR



Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W


sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S...A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.



Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu Berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang.Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.


Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ulaR sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat


2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya..


3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".


JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , CERITAKANLAH KISAH INI KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Ahad, 25 Julai 2010

Pesanan Abul 'Ala Al-Maududi kepada Mahasiswa :




"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah.

"Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.

Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si 'pembunuh' sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.

Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk.
Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."
---------------------------------------------------
Fikir2kan wahai mahasiswa yang berada dalam golongan 4.29 juta yang belum mendaftar sebagai pengundi!

wahai saudara semahasiswa ku! kuasa ini adalah milik kalian, jadi gunakanlah kuasa ini untuk menentukan hala tuju negara kita. kalau kalian tidak ambil tahu maka siapa lagi yang akan pedulikan nasib rakyat di tanah air ini.. para pemerintah kini terus menerus merompak harta rakyat dengan mengurangkan subsidi barang keperluan, peningkatan kos pendidikan, sedangkan masih ramai lagi rakyat yang miskin yang masih belum terbela. adakah kalian redo dengan pembantaian ini? buka hati dan buka minda, jangan biarkan mereka-mereka ini terus memperbodohkan kalian, terus membunuh keintelektualan kalian dengan nikmat keseronokan dunia yang sementara. ayuh kita bangun dari segala kelalaian .... bangkitlah warga mahasiswaku sekalian....

Khamis, 22 Julai 2010

AKULAH SINGA ITU




ku bersyukur kerana menjadi khalifah di muka bumi ini
hidup ini akan ku teruskan dengan penuh semangat dan tabah
walau apa jua badai yang datang
ingin ku julang impian, menegakkan cita-cita
aku yang bangun dari segala kesusahan
hari ini aku akan berlari dengan satu tujuan
yang jitu menggarap seluruh kejayaan
biarpun sejarah silamku pernah silap dan gagal
dan itu adalah aku
kini ku himpun segalanya
dan ku seret untuk merancang
satu kemenangan sebagai kemuncaknya
akulah singa itu!
hari ini aku berlatih dan bertatih
biar sasaranku tepat, tegas, cekap pantas dan rasional
sempadan pada cita-citaku ialah Allah dan Rasul-Nya
benar pada segala matlamat, hakikat dan makrifat.
akulah singa itu!
santun pada segala adat alam dan fitrah kejadian
biarku jadi insan yang merangkul setiap kejayaan
seperti Sayidina Umar al-Khattab
singa yang dikeluarkan oleh rasul daripada dirinya
atau Umar Abdul Aziz
menjadi singa kebenaran dan ketelusan
kini aku sudah bersedia memburu
untuk mencapai sasaran, bebanan dan tanggungjawab
dan risiko ini memaksa aku menjadi seperti seekor singa
tafakur sebentar aku di sejadah peta dunia
membayangi kehebatan ilahi
menikmati segala anugerah-Nya
menjalankan tugas sebagai khalifah
ibarat singa yang gagah perkasa
di dunia belantara..

-Rusnah Abu Samah-

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH (Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau )

Tarikh : 1 Ogos 2010 / 20 Syaaban 1431H (Ahad)
Masa : 5.00 Pagi
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL.
Anjuran : Sekretariat Gerakan Subuh



Acara :
• Qiyamullaill / Iktikaf di Masjid
• Solat Subuh Berjemaah
• Zikir Munajat
• Kuliah Khas Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah”
Oleh Y.Bhg Us Wan Sohor Bani Leman (UIA)
• Taklimat Khas Gerakan Subuh
Oleh Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
• Perasmian Pelancaran Gerakan Subuh
Oleh Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz (KP JAKIM)
• Sarapan Pagi

MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
”MARI KITA BINA UMMAH MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH”

Sekretariat Gerakan Subuh Wilayah Persekutuan disertai oleh Masjid Wilayah, JAWI, TERAS, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, PUM WP, JAMIYAH, MUAFAKAT, ABIM, PKPIM, GAMIS. Pihak Sekretariat amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana organisasi / persatuan yang berminat untuk menyertai Sekretariat ini bagi menyusun dan melaksanakan Gerakan Subuh – kempen menggalakkan masyarakat menunaikan Solat Subuh berjemaah. Hubungi 013-6714932.

Isnin, 19 Julai 2010

Explorasi Diri Anjuran Jabatan Amal Kawasan Kapar





Alhamdulillah.. syukur kepada allah s.w.t kerana saat aku menulis catatan ini aku baru saja pulang dari program explorasi diri yang dianjurkan oleh unit amal kawasan kapar. Walaupun terdapat beberapa kekurangan semasa program tersebut berjalan namun Alhamdulillah aku bersyukur setinggi-tingginya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga unit amal kawasan kapar ini mengendalikan program seumpama ini. Sejah daripada mula mesyuarat lagi aku mengharapkan program ini dapat menjadi satu pentas untuk unit amal ini menonjolkan dirinya sebagai satu pertubuhan yang bukan hanya menjaga jalan dan mengawal demostrasi semata-mata. Tetapi unit amal ini Alhamdulillah sedang mengorak langkah sebagai satu organisasi untuk mentarbiyah masyarakat secara umumnya dan juga khususnya remaja. Sepanjang progam ini berlangsung Alhamdulillah sambutannya agak memberangsangkan kerana pada mulanya pada permulaannya kami hanya menjangkakan peserta yang akan menyertai program ini hanyalah sekitar 25 hingga 30 orang. Tetapi setelah promosi dilakukan oleh orang-orang yang telah diamanahkan penyertaannya seramai lebih 45 orang, sampai ajk terpaksa menyewa lagi 1 van untuk membawa peserta ini.. semasa program pula para peserta menunjukkan minat dan kerjasama yang baik sesame mereka dan sesama urusetia dan menjadikan program ini menyeronokkan dan meriah. Paling menyeronokkan ialah program “war game”. Para peserta diminta mengatur strategik bagi mempertahankan meruah masing-masing dengan membina pertahanan masing-masing. Dalam game ni juga para peserta telah membuktikan bahawa mereka hebat. Sering kali saya bertanyakan kepada peserta siapa hebat? Lalu mereka dengan semangat menjawab “kami hebat” ternyata mereka telah membuktikannya pada hari terakhir. Saya harap para peserta tidah pernah serik dengan program yang telah dianjurkan ini. Diharap anda semua dapat menjadi orang-orang yang hebat di masa akan datang.. “siapa hebat?……………….. anda semua hebat”……. =)


- barisan penganjur program -


- nyanyian lagu wehdah -


- terowong sungai.......... mencabar tak?? -

Selasa, 13 Julai 2010




Sekian lama sudah rasanya tak berada di Gelanggang Gayong Ma,Arifat Malaysia, terasa rindu sangat dengan teman-teman seperjuangan dulu kini dan selamanya. Terutama kepada guruku yang tak pernah jemu mendidik aku supaya aku dapat mengenal erti kehidupan ini dengan bergantung dan bersearah diri kepada allah s.w.t. Bukan senang utk kita nk zahirkan ataupun merasakan kebergantungan kita kepada allah s.w.t semua ini memerlukan satu perkara yang paling penting. Perkara paling penting itu merupakan anak kunci kepada semua penyelesaian masaalah didunia ni, iaitu ilmu. Alhamdulillah dengan konsep yang telah aku pelajari daripada silat gayong ma’arifat ini aku dapat lebih merasakan kebergantungan aku kepada allah s.w.t. syukur sangat-sangat. Pada mulanya memang aku rasa ragu dengan apa yg aku pelajari di dalam gayong ma’arifat ni. Mana tidaknya, semasa aku mendaftar untuk menjadi ahli sewaktu itu gayong ma’arifat ini seingat aku masa tu gayong ma’arifat belum lagi dikenali di negeri tempat aku membesar (Kelantan). Waktu itu terlalu banyak tohmahan dan fitnah terhadap gayong ma’arifat. Kami di tuduh menggunakan jin, makhluk halus dan sebagainya.sebenarnya bila aku selidik balik taka da pun unsur memuja jin dan makhluk halus itu semua, kerana kami di ajar supanya banyakkan istigfar, berzikir kalimah-kalimah allah, bangun untuk solat malam, memperbanyakkan selawat ke atas nabi dan mengamalkan puasa sunat. tapi alhmdulillah perasaan itu semakin hari semakin yakin dengan kuasa allah s.w.t. kerana tanpa kuasanya manusia ini tidak boleh untuk berbuat apa-apa. Hatta nk berjalan pun tak boleh. Berbekalkan ilmu yang telah aku pelajari satu ketika dulu, konsep gayong ma’arifat ini aku gunakan dalam setiap ruang lingkup kehidupan aku setiap hari. Termasuk juga aku mengaplikasikan dalam menggapai cita-cita aku untuk meletakkan islam itu setinggi-tingginya.. syukur alhmdulillah.. walau apepun aku tetap mendoakan supaya allah mengampuni segala dosa guruku yang pernah mendidik aku untuk menjadi insan yang berguna kepada agama dan masyarakat. Dulu guru aku selalu berpesan ilmu yang aku belajar ni bukanlah untuk menunjuk lagak sesama muslim siapa lebih kuat. Tapi aku diajar supaya menjaga hubungan sesama manusia.. hehehe.. rindunya saat tu.. terasa nak ulang balik saat tu. Tapi apakan daya imam ghazali kata benda yang paling jauh sekali ialah masa yang telah berlalu. Sebab masa yang berlalu itu tak mungkin akan dapat kita capai kembali.. hehehe.. tu saja kot kalam aku hari ni.. hehehehe mesti kelakar kan?? Tak apa lah.. =)

hayatilah dan selamilah dalam jiwa anda yang ada secebis nikmat renungan...huhuhuhu




Ada dua sahabat karib sedang dalam perjalanan. Iman dan amal namanya. Ditengah perjalanan mereka bertengkar, Iman tidak menahan amarahnya kemudian menolak Amal sampai terjatuh. Meskipun Amal merasa sakit, Amal tidak melawan. Tanpa bertutur kata. Amal menulis sesuatu di atas pasir.

'Hari ini sahabatku menolakku sampai aku jatuh.'

Mereka lalu melanjutkan perjalanan hinga menemukan sungai untuk membersihkan badan. Namun ternyata sungai itu teramat dalam sehingga Amal hanyut dan nyaris tenggelam dan diselamatkan oleh Iman, sahabatnya. Ketika Amal dalam keadaan sedar dan rasa ketakutannya hilang Amal menulis disebuah batu.

'Hari ini sahabatku menyelamatkan nyawaku.'

Melihat apa yang dilakukan Amal, Iman terheran-heran dan bertanya, 'Kenapa waktu aku menolakmu hingga terjatuh, kau menulis diatas pasir dan sekarang kau menulis diatas batu?'

Amal tersenyum dan menjawabnya, 'Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus luka dihati. Dan apabila diantara sahabat kita membuat kebaikan sekecil apapun kita harus memahat diatas batu hati kita agar kita tetap mengenang, tidak hilang tertiup waktu.' Dua sahabat baik itu akhirnya tertawa bersama, bahagia menikmati pemandangan yang indah disetiap perjalanan.

Hikmah kisah diatas adalah, hidup ini kita seringkali berbeza pendapat dan berkonflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu saling memaafkan dan melupakan masalah dan kesalahan orang lain akan membuat hidup kita menjadi bahagia dan kebaikan orang lain yang pernah dilakukan untuk kita menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita yang sentiasa tersimpan dalam hati tidak terhapus oleh waktu. Itulah makna seorang sahabat.
(A.syafii)

Rabu, 7 Julai 2010

Kekuatan Ukhuwah Islamiah

Ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam) adalah satu dari tiga unsur kekuatan yang menjadi ciri-ciri masyarakat Islam di zaman Rasulullah, iaitu pertama, kekuatan iman dan aqidah. Kedua, kekuatan ukhuwah dan ikatan hati. Dan ketiga, kekuatan kepemimpinan dan senjata.

Dengan tiga kekuatan ini, Rasulullah Saw. membangun masyarakat ideal, memperluas Islam, mengangkat tinggi bendera tauhid, dan mengangkat derajat umat Islam atas muka bumi lebih kurang dari setengah abad.

Pada abad ke-15 Hijriah ini, kita berusaha memperbaharui kekuatan ukhuwah ini, kerana ukhuwah memiliki pengaruh kuat dan aktif dalam proses mengembalikan kejayaan umat Islam.

Kedudukan Ukhuwah dalam Islam

Ukhuwah Islamiah adalah nikmat Allah, anugerah suci, dan pancaran cahaya rabbani yang Allah persembahkan untuk hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan pilihan. Allahlah yang menciptakannya. Allah berfirman,

"...Lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara..." (QS: Ali Imran: 103).

Ukhuwah adalah pemberian Allah berfirman,

"...Walaupun kamu membelanjakan semua (kakayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka... (QS: Al-Anfal: 63)"

"...Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu." (QS: Ali Imran: 103).

Selain nikmat dan pemberian, ukhuwah juga kelembutan, cinta, dan kasih sayang. Rasulullah Saw. bersabda,

"Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin lainnya dalam kelembutan dan kasih sayang, bagaikan satu tubuh. Jika ada bahagian tubuh yang merasa sakit, maka seluruh bahagian tubuh lainnya turut merasakannya." (HR. Imam Muslim).

Ukhuwah juga membangun umat yang kukuh. Ia adalah bangunan maknawi yang mampu menyatukan masyarakat mana pun. Ia lebih kuat dari bangunan kekayaan semata, yang suatu saat bisa saja hancur diterpa badai atau ditelan masa. Sedangkan bangunan ukhuwah Islamiah akan tetap kukuh. Rasulullah Saw. bersabda,

"Mukmin satu sama lainnya bagaikan bangunan yang sebahagiannya mengukuhkan bahagian lainnya." (HR. Imam Bukhari).

Ukhuwan tidak bisa dibeli dengan wang atau sekadar kata-kata. Tapi ia diperoleh dari penyatuan antara jiwa dan jiwa, ikatan hati dan hati. Dan ukhuwah merupakan ciri istimewa dari seorang mukmin yang soleh. Rasulullah Saw. bersabda,

"Seorang mukmin itu hidup rukun. Tidak ada kebaikan bagi yang tidak hidup rukun dan harmoni."

Dan ukhuwah Islamiah ini diikat oleh iman dan taqwa. Iman juga diikat dengan ukhuwah. Allah berfirman,
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. (QS: Al-Hujurat: 10)."

Ertinya, mukmin itu pasti bersaudara. Dan tidak ada persaudaraan kecuali dengan keimanan. Jika Anda melihat ada yang bersaudara bukan kerana iman, maka ketahuilah itu adalah persaudaraan dusta. Tidak memiliki akar dan tidak memiliki buah. Jika Anda melihat iman tanpa persaudaraan, maka itu adalah iman yang tidak sempurna, belum mencapai derajat yang diinginkan, bahkan bisa berakhir dengan permusuhan. Allah berfirman,

"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (QS: Al-Zukhruf: 67).




Keutamaan Ukhuwah Islamiah

Dari ukhuwah Islamiah lahir banyak keutamaan, pahala, berpengaruh positif pada masyarakat dalam menyatukan hati, menyamakan kata, dan merapatkan barisan. Orang-orang yang terikat dengan ukhuwah Islamiah memiliki banyak keutamaan, diantaranya:

1. Mereka merasakan manisnya iman. Sedangkan selain mereka, tidak merasakannya. Rasulullah Saw. bersabda,

"Ada tiga golongan yang dapat merasakan manisnya iman: orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri, mencintai seseorang kerana Allah, dan ia benci kembali pada kekafiran sebagaimana ia benci jika ia dicampakkan ke dalam api neraka." (HR. Imam Bukhari).

2. Mereka berada di bawah naungan cinta Allah, dilindungi Arasy Al-Rahman. Di akhirat Allah berfirman

"Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku, maka hari ini aku akan menaungi mereka dengan naungan yang tidak ada naungan kecuali naunganku." (HR. Imam Muslim).
Rasulullah Saw. bersabda,

"Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di tengah perjalanan, Allah mengutus malaikat-Nya. Ketika malaikat menjumpainya, malaikat bertanya, "Mahu kemana?" Orang tersebut menjawab, "Saya mahu mengunjungi saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya, "Apakah kau ingin mendapatkan sesuatu keuntungan darinya?" Ia menjawab, "Tidak. Aku mengunjunginya hanya kerana aku mencintainya kerana Allah." Malaikat pun berkata, "Sungguh utusan Allah yang diutus padamu memberi khabar untukmu, bahawa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kau mencintai saudaramu kerana-Nya." (HR. Imam Muslim).

3. Mereka adalah ahli surga di akhirat kelak. Rasulullah Saw. bersabda,

"Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka malaikat berseru, 'Berbahagialah kamu, berbahagialah dengan perjalananmu, dan kamu telah mendapatkan salah satu tempat di surga." (HR. Imam Al-Tirmizi).

Rasulullah Saw. bersabda,

"Sesungguhnya di sekitar arasy Allah ada mimbar-mimbar dari cahaya. Di atasnya ada kaum yang berpakaian cahaya. Wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukanlah para nabi dan bukan juga para syuhada. Dan para nabi dan syuhada cemburu pada mereka kerana kedudukan mereka di sisi Allah." Para sahabat bertanya, "Beritahukanlah sifat mereka wahai Rasulallah. Maka Rasul bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, bersaudara kerana Allah, dan saling mengunjungi kerana Allah." (Hadis yang ditakhrij Al-Hafiz Al-Iraqi, ia mengatakan, para perawinya tsiqat).

4. Bersaudara kerana Allah adalah amal mulia dan mendekatkan hamba dengan Allah.

Rasul pernah ditanya tentang derajat iman yang paling tinggi, beliau bersabda, "...Hendaklah kamu mencinta dan membenci kerana Allah..." Kemudian Rasul ditanya lagi, "Selain itu apa wahai Rasulullah?" Rasul menjawab, "Hendaklah kamu mencintai orang lain sebagaimana kamu mencintai dirimu sendiri,………….." (HR. Imam Al-Munziri).

5. Diampunkan Dosa. Rasulullah Saw. bersabda,

"Jika dua orang Muslim bertemu dan kemudian mereka saling berjabat tangan, maka dosa-dosa mereka hilang dari kedua tangan mereka, bagai berjatuhan dari pohon." (Hadis yang ditkhrij oleh Al-Imam Al-Iraqi, sanadnya dha'if).

Isnin, 5 Julai 2010

baru nak up =)

Assalamualaikum kepada sahabat2 seperjuangan sekalian..

Sebenarnya saya tak lah pandai sangat nak menulis ni. Tapi dengan kekuatan kemahuan yang ada akhirnya saya cuba jugak untuk nukilkan tulisan ni ke dalam blog ini.. seingat saya ini lah kali pertama saya menulis dengan idea saya sendiri. Saya berazam saya akan terus menulis. Hehehehe… Walau ape pun biasalah mula-mula baru nk up katakan. Teringat saya pada sepotong ayat yang saya petik dari sebuah filem Indonesia yang berjudul “perempuan berkalung serban”, ayatnya lebih kurang begini “rumah takkan mungkin siap dalam masa sehari” kata2 ini cukup terkesan dalam hati saya kerana saya sering terfikir bagaimana aku nak jadi seorang yang hebat dan berkebolehan. Bila difikir balik memang mudah bila berkata-kata, tapi cubalah buat la dulu. Kalau dah buat tu istiqamahkan. Kita boleh tengok berapa ramai yang kecundang di tengah jalan kerana tidak istiqamah dalam perjalanan. (Saya memohon kepada allah semoga kita semua dijauhkan dari sifat cepat putus asa) Seumpama kita buat rumah, rumah itu belum lagi siap tapi kita dah putus asa dan tidak lagi istiqamah untuk meneruskan membina rumah itu tadi. Akhirnya rumah itu terbengkalai begitu sahaja. Begitu juga dengan diri kita ni. Apabila kita ada kemahuan untuk capai sesuatu mestilah bertindak untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan itu. Yang pasti perkara yang paling penting ialah usaha yang gigih dan istiqamah, doa yang berterusan tanpa putus asa dan tawakal kepada allah dengan sepenuh hati.. tapi pada fikiran saya usaha ini bukan lah usaha yang sembrono, yang orang kata main terjah je. Yang penting di dalam usaha itu mestilah ada strategik kita bagaimana untuk kita capai apa yang selama ini kita inginkn.. walau ape pun saya harap kepada teman-teman jauh ataupun dekat marilah sama2 kita teruskan perjuangan ini demi mencapai cita-cita dan matlamat kita dengan penuh bersemangat dan bertenaga. Rintangan itu pasti datang, walau ape pun dugaannya kita pasti dapat mengharunginya kerana allah tidak menciptakan ujian itu luar dari batas kemampuan manusia. Saya percaya anda semua dilahirkan sebagai juara yang hebat. Jadi apa lagi tunggu, jom sama-sama kita bangkit dari kegagalan yang lalu. Hilangkan tangis dan pilu kerana kekecewaan yang lalu. Dan ukirlah senyuman selalu… peaceee…. =)



hehehehehe... letihnyer seharian jalan kaki kt kl..