Rabu, 12 Januari 2011

sekilas pandangan ku sebelum meninggalkan kampus...


Semakin hari semakin aku menghitung hari dan detik untuk aku melangkah pergi daripada alam mahasiswa untuk ke alam perkerjaan yang lebih mencabar. Apa pun tahniah kepada sahabat-sahabat yang lain yang telah berjaya menamatkan pengajian, yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi dan yang baru memulakan pengajian di peringkat ipt.

Telah lama aku mengikuti perkembangan yang berkaitan dengan mahasiswa tanah air ku yang tercinta ini dengan demostrasi demi demostrasi, aktiviti demi aktiviti yang dianjurkan. apa pun yang paling penting sekali tentang peranan anak muda khususnya mahasiswa ini berada di lapangan masyarakat bagi menuntut bela atas kebajikan masyarakat. hari ini rata-rata yang berpendidikan tinggi berpandangan bahawa isu kebajikan rakyat ini menjadi modal terpenting dalam memenangi suatu agenda khasnya dalam agenda politik.

baru-baru ini saya melihat rentetan apa yang berlaku pada mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah Kedah tentang perhimpunan yang diadakan. saya mengucapkan tahniah kepada mereka atas kesungguhan yang diberikan dalam menuntut hak mereka. Apa yang pasti suara mereka itu telah mewakili rakyat yang kini merasa tertekan atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh sang pemerintah yang kini rakyat telah merasa beban penderitaannya. rakyat perlulah sedar dengan situasi yang berlaku dalam suasana kehidupan yang menghimpit dengan kenaikkan harga barang keperluan seperti petrol, minyak masak, gula dan sebagainya.. disini juga kita dapat melihat bertapa gagalnya kerajaan yang sedia ada pada hari ini dalam mengurus harta kekayaan negara.. kerajaan perlu ingat bahawa harta yang negara perolehi pada hari ini bukanlah hak milik kekal kerajaan.. pada pandangan islam harta yang diperolehi oleh kerajaan hasil keringat penat lelah rakyat maka harta itu perlu dikembalikan kepada rakyat.

pada masa ini memamg tepat la pada masanya mahasiswa perlu bangkit dari tidur yang lena setelah mahasiswa dahulunya dibuat dengan mimpi-mimpi yang indah dan di kongkong mindanya daripada berfikir jauh melangkaui masa bagi bersama-sama untuk kebajikan rakyat malaysia.. ayoh melangkah bersama bagi membangkitkan kesedaran tentang hak stiap manusia.. jangan membiarkan diri kita terus diinjak oleh sang penguasa serta membiarkan hak-hak kita terus dirompak untuk diisi kedalam perut-perut mereka... bangkitlah mahasiswa bersama rakyat.. berjuang demi tanah air yang tercinta....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan