Sabtu, 27 November 2010

Qurratu ‘Ayun ayat cinta kami…

Mata saya berkaca menatap ayat indah itu. Semakin lama saya hayatinya, sebak kian melanda jiwa. Saya menyeka mata dengan hujung telekung bercorak bunga warna coklat muda, hadiah dari suami tercinta. Belum pernah jiwa saya tersentuh sebegitu walau telah saban kali mengulangi ayat yang sama.

Namun impaknya kali ini amat berbeza. Ayat yang sangat mudah dilafazkan, tapi amat payah untuk direalisasikan dalam kehidupan moden hari ini. Bukan semudah mengungkap ayat-ayat cinta kasih bersemi.

Rasulullah saw telah banyak kali menegaskan sepanjang hidup baginda, antara sabda baginda yang bermaksud “tidak inginkah kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki seseorang? Iaitu isteri solehah yang cirinya adalah menggembirakan apabila kamu memandang kepadanya, jika disuruh dia mentaatinya, dan apabila kamu tiada dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaiknya” (riwayat abu daud dan al-hakim).



Isteri pembangun jiwa

Sudah lama saya mendengar dan membaca kisah Syaidatina Khadjah, Aisyah, Fatimah, Ummu Sulaim, Ummu Salamah dan lain-lainnya, tapi baru kali ini saya benar-benar menghayati apa tersirat disebalik kisah mereka. Terlalu besar peranan seorang isteri untuk menjadi penenang jiwa seorang suami.

Suatu petang saya bertanya suami, perasaan ingin tahu “ Apa pandangan Abang tentang peranan seorang isteri dengan merujuk kisah syaidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah dan srikandi Islam yang lain?”
“seorang isteri yang berperanan sebagai penyejuk dan penenang dihati, bukan sahaja member kesan kepada suami, bahkan juga kepada Negara,” suami saya memandang tepat ke anak mata saya.

“mengapa begitu besar kesannya?” saya bertanya supaya suami melanjutkan perbincangannya.

“jika hati, pemikiran dan sikap suami mampu ditenangkan isteri oleh isteri dan anak-anak sebagai ‘cahaya mata’ penyejuk jiwa dan raga, maka sudah pasti dia akan menjadi lelaki yang bijak serta tenang dalam mengambil sebarang keputusan dalam kerjayanya. Kebijaksanaan itu akan turut dimanfaatkan oleh masyarakat dan dunia,” ulas suami sambil memandang jauh ke luar jendela.

“seterusnya hasil daripada ketenangan di rumah juga, suami akan melihat dunia sebagai amanah yang digalas atas nama Allah Azzawajalla dan bukan sebagai habuan kepada nafsu yang bermaharajalela. Dunia baginya merupakan untuk membalas kebaikan keluarga, lalu dia menjadi seorang lelaki yang baik dan soleh. Tidakkah beruntung seluruh warga alam andai semua lelaki bersikap begini?” ujarnya lagi.

Saya mengangguk tanda sangat bersetuju dengan pandangannya itu. Memang benar, kita lihat ramai lelaki yang nafsunya tidak selesi di rumah, akhirnya merosakkan anak gadis serta isteri orang di luar rumah. Mereka juga menjadi pelanggan setia, memeriahkan tempat-tempat pelacuran dipinggir ibu kota, mencetuskan kekalutan dalam masyarakat serta membawa virus dosa dan akhirnya apabila kejahatan melata, maka akan semakin kuranglah redha Allah terhadap masyarakat. Bala mula menimpa akibat daripada nafsu lelaki yang tidak dirawat sebaiknya oleh isteri di rumah.

Juga telah acap kali kita mendengar betapa ramai lelaki yang minda dan hatinya kusut, tidak tenang lantaran isteri yang gagal menyuntik kedamaian. Kesannya suami yang gersang jiwanya ini akan bertukar ganas umpama serigala rimba. Segala keputusan yang diambil tanpa rujukan agama, pertimbangannya menjadi tempang akibat tiada kedamaian di rumah. Sebagaimana seorang hakim membuat keputusan dalam keadaan diri resah gelisah dan marah, tentu saja hukuman yang salah dan tidak tepat akan terlaksana dan ini tidak dibenarkan oleh Nabi s.aw.

Cirri-ciri wanita penenang jiwa



Tidak dinafikan hari ini telah mula bangkit suara dan laungan sekumpulan wanita pejuang feminis yang memandang hina kisah-kisah wanita salafussoleh ini. Mereka mendakwa Islam menganjurkan isteri menjadi “hamba” kepada suami. Alangkah malangnya “pejuang wanita” seperti ini disebabkan mereka berfikir menggunakan akal bersalut nafsu dan bukan dengan mata hati bersuluh cahaya iman.

Mereka gagal melihat apa yang tersirat bahawa dunia ini binasa oleh tangan-tangan manusia sebagaimana yang ditegaskan melalui firman-Nya. Jika dulu, hanya tangan-tangan lelaki yang menjadi golongan mejoriti membuat keputusan kononnya untuk pembangunan dunia, namun kini tangan-tangan wanita telah terheret sama menyumbang kepada kerosakan apabila mereka mula berjawatan dan turut sama membuat keputusan.

Bagi saya tiada yang lebih bererti selain kembali merujuk serikandi Islam pada zaman silam. Mereka merupakan contoh tauladan buat seorang isteri yang layak menjadi “qurratu’ayun” seorang suami. Mereka memiliki segala yang diidamkan antaranya:

1.Isteri yang cerdik..bagaimana isteri yang cerdik itu..akan kita kupaskan dari sudut pandang yang betul..bukan dari sudut pandangan kebiasaan..insyaAllah..salam ukhwafillah...

Bersambung…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan