Sabtu, 27 November 2010

Qurratu ‘Ayun ayat cinta kami…

Mata saya berkaca menatap ayat indah itu. Semakin lama saya hayatinya, sebak kian melanda jiwa. Saya menyeka mata dengan hujung telekung bercorak bunga warna coklat muda, hadiah dari suami tercinta. Belum pernah jiwa saya tersentuh sebegitu walau telah saban kali mengulangi ayat yang sama.

Namun impaknya kali ini amat berbeza. Ayat yang sangat mudah dilafazkan, tapi amat payah untuk direalisasikan dalam kehidupan moden hari ini. Bukan semudah mengungkap ayat-ayat cinta kasih bersemi.

Rasulullah saw telah banyak kali menegaskan sepanjang hidup baginda, antara sabda baginda yang bermaksud “tidak inginkah kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki seseorang? Iaitu isteri solehah yang cirinya adalah menggembirakan apabila kamu memandang kepadanya, jika disuruh dia mentaatinya, dan apabila kamu tiada dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaiknya” (riwayat abu daud dan al-hakim).



Isteri pembangun jiwa

Sudah lama saya mendengar dan membaca kisah Syaidatina Khadjah, Aisyah, Fatimah, Ummu Sulaim, Ummu Salamah dan lain-lainnya, tapi baru kali ini saya benar-benar menghayati apa tersirat disebalik kisah mereka. Terlalu besar peranan seorang isteri untuk menjadi penenang jiwa seorang suami.

Suatu petang saya bertanya suami, perasaan ingin tahu “ Apa pandangan Abang tentang peranan seorang isteri dengan merujuk kisah syaidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah dan srikandi Islam yang lain?”
“seorang isteri yang berperanan sebagai penyejuk dan penenang dihati, bukan sahaja member kesan kepada suami, bahkan juga kepada Negara,” suami saya memandang tepat ke anak mata saya.

“mengapa begitu besar kesannya?” saya bertanya supaya suami melanjutkan perbincangannya.

“jika hati, pemikiran dan sikap suami mampu ditenangkan isteri oleh isteri dan anak-anak sebagai ‘cahaya mata’ penyejuk jiwa dan raga, maka sudah pasti dia akan menjadi lelaki yang bijak serta tenang dalam mengambil sebarang keputusan dalam kerjayanya. Kebijaksanaan itu akan turut dimanfaatkan oleh masyarakat dan dunia,” ulas suami sambil memandang jauh ke luar jendela.

“seterusnya hasil daripada ketenangan di rumah juga, suami akan melihat dunia sebagai amanah yang digalas atas nama Allah Azzawajalla dan bukan sebagai habuan kepada nafsu yang bermaharajalela. Dunia baginya merupakan untuk membalas kebaikan keluarga, lalu dia menjadi seorang lelaki yang baik dan soleh. Tidakkah beruntung seluruh warga alam andai semua lelaki bersikap begini?” ujarnya lagi.

Saya mengangguk tanda sangat bersetuju dengan pandangannya itu. Memang benar, kita lihat ramai lelaki yang nafsunya tidak selesi di rumah, akhirnya merosakkan anak gadis serta isteri orang di luar rumah. Mereka juga menjadi pelanggan setia, memeriahkan tempat-tempat pelacuran dipinggir ibu kota, mencetuskan kekalutan dalam masyarakat serta membawa virus dosa dan akhirnya apabila kejahatan melata, maka akan semakin kuranglah redha Allah terhadap masyarakat. Bala mula menimpa akibat daripada nafsu lelaki yang tidak dirawat sebaiknya oleh isteri di rumah.

Juga telah acap kali kita mendengar betapa ramai lelaki yang minda dan hatinya kusut, tidak tenang lantaran isteri yang gagal menyuntik kedamaian. Kesannya suami yang gersang jiwanya ini akan bertukar ganas umpama serigala rimba. Segala keputusan yang diambil tanpa rujukan agama, pertimbangannya menjadi tempang akibat tiada kedamaian di rumah. Sebagaimana seorang hakim membuat keputusan dalam keadaan diri resah gelisah dan marah, tentu saja hukuman yang salah dan tidak tepat akan terlaksana dan ini tidak dibenarkan oleh Nabi s.aw.

Cirri-ciri wanita penenang jiwa



Tidak dinafikan hari ini telah mula bangkit suara dan laungan sekumpulan wanita pejuang feminis yang memandang hina kisah-kisah wanita salafussoleh ini. Mereka mendakwa Islam menganjurkan isteri menjadi “hamba” kepada suami. Alangkah malangnya “pejuang wanita” seperti ini disebabkan mereka berfikir menggunakan akal bersalut nafsu dan bukan dengan mata hati bersuluh cahaya iman.

Mereka gagal melihat apa yang tersirat bahawa dunia ini binasa oleh tangan-tangan manusia sebagaimana yang ditegaskan melalui firman-Nya. Jika dulu, hanya tangan-tangan lelaki yang menjadi golongan mejoriti membuat keputusan kononnya untuk pembangunan dunia, namun kini tangan-tangan wanita telah terheret sama menyumbang kepada kerosakan apabila mereka mula berjawatan dan turut sama membuat keputusan.

Bagi saya tiada yang lebih bererti selain kembali merujuk serikandi Islam pada zaman silam. Mereka merupakan contoh tauladan buat seorang isteri yang layak menjadi “qurratu’ayun” seorang suami. Mereka memiliki segala yang diidamkan antaranya:

1.Isteri yang cerdik..bagaimana isteri yang cerdik itu..akan kita kupaskan dari sudut pandang yang betul..bukan dari sudut pandangan kebiasaan..insyaAllah..salam ukhwafillah...

Bersambung…..

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kenali Khalifah Abdul Hameed II Dan Kejatuhan Khilafah 3/3/1924







-sultan abdul hameed-

Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan ke-2 bin Abdul Majeed Khan. Beliau adalah putera kepada Sultan Abdul Majeed (dari isteri kedua). Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 7 tahun. Khalifah Abdul Hameed boleh bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Farsi. Beliau juga mengkaji beberapa buku tentang kesusasteraan dan puisi. Apabila ayahnya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak lama sebagai Khalifah. Beliau dipaksa turun dari tahta dan kemudiannya dibunuh oleh musuh politik kerajaan Uthmaniyyah. Beliau diganti oleh Sultan Murad, anak lelakinya, tetapi beliau juga diturunkan dari tahta dalam jangkamasa yang pendek kerana didapati tidak berkemampuan memerintah.

Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Khalifah Abdul Hameed dilantik menjadi Khalifah dengan disertai bai'ah oleh umat Islam. Beliau berusia 34 tahun ketika itu. Khalifah Abdul Hameed menyedari, sebagaimana yang beliau nukilkan di dalam catatan hariannya, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Islam.

Peribadi Khalifah Abdul Hameed telah dikaji hebat oleh Orietalis Barat . Beliau diberikan kepimpinan sebuah negara yang sangat besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang. Beliau menghabiskan lebih 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi dan perubahan yang tidak berhenti. Khalifah Abdul Hameed sendiri meluahkan perasaannya tentang perkara ini di dalam tulisan dan puisinya. Ini adalah satu contoh puisi beliau yang ditulis tangan (gambar tidak disertakan), yang diambil dari buku ,"Bapaku Abdul Hameed," yang ditulis oleh anak perempuannya Aisha.

Terjemahan puisi tersebut adalah seperti berikut:

Tuhanku, aku tahu kaulah al-Aziz...
dan tiada yang selainMu yang
Kaulah Satu-Satunya, dan
tiada yang lain Ya Allah,
pimpinlah tanganku dalam kesusahan ini,
Ya Allah,
bantulah aku dalam saat-saat yang kritikal ini

Masalah pertama yang dihadapi beliau adalah Midhat Pasha.


-gambar midhat pasha seorang talibarut gerakkan freemanson-



Midhat Pasha terlibat secara sulit Freemason dalam pakatan menjatuhkan bapa saudara Khalifah Abdul Hameed. Apabila Khalifah Abdul Hameed menjadi Khalifah, beliau telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri-menteri kerana Midhat sangat popular ketika itu dan Khalifah Abdul Hameed perlukan 'insuran' untuk terus memegang kepimpinan. Midhat Pasha bijak menjalankan tugasnya tetapi beliau terlalu mengikut pandangannya sendiri sahaja. Midhat Pasha juga disokong oleh satu aliran yang kuat dari Majlis Syura (Parlimen). Dengan bantuan dari golongan ini, Midhat Pasha berjaya meluluskan resolusi untuk berperang dengan Rusia. Khalifah Abdul Hameed tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau kemungkinan akan dijatuhkan sekiranya cuba bertindak. Kekalahan peperangan tersebut bagaimanapun, cuba dipertanggung-jawabkan ke atas Khalifah Abdul Hameed oleh penyokong-penyokong Midhat itu. Bagaimanapun, setelah sesuai masanya, Khalifah Abdul Hameed telah berjaya menggunakan perselisihan antara beliau dengan Midhat Pasha untuk membuang Midhat ke Eropah. Rakyat dan para pemerhati politik menyokong penuh tindakan berani dan bijak Khalifah Islam ini.

Kemudian Khalifah Abdul Hameed mengalihkan perhatian beliau kepada musuh-musuh luar Kerajaan Islam. Beliau telah menjangkakan Revolusi Komunis di Rusia dan menyedari bahawa itu akan menguatkan Rusia dan menjadikannya lebih merbahaya. Pada ketika itu, Balkan merupakan sebahagian dari Kerajaan Islam dan sedang menghadapi tekanan dari Rusia dan Austria. Khalifah Abdul Hameed cuma menyedarkan negara-negara Balkan ini akan bahaya yang akan mereka hadapi. Beliau hampir berjaya mencapai persetujuan dengan negara-negara ini. Tetapi ketika saat-saat akhir pemeteraian perjanjian tersebut, 4 negara Balkan telah belot dan membuat perjanjian lain mengenepikan Kerajaan Islam Uthmaniyyah atas pengaruh Rusia dan Austria.

Khalifah Abdul Hamid sedar bahawa konspirasi untuk menghancurkan Negara Islam adalah lebih hebat daripada yang diketahui umum. Konspirasi ini terdapat dari dalaman dan luaran. Ketika beliau merasa lega kerana berjaya membuang Midhat Pasha dan pengikut-pengikutnya, beliau berhadapan pula dengan Awni Pasha, juga Ketua Jemaah Menteri yang juga merupakan seorang pemimpin angkatan tentera. Kemudiaannya, Khalifah Abdul Hameed mendapat tahu bahawa Awni Pasha menerima wang dan hadiah dari pihak England dan juga tentang peranannya dalam menjatuhkan Abdul Aziz.


-kapal selam uthmaniah-


-armada uthmaniah-


Awni Pasha membawa Kerajaan Uthmaniyyah ke dalam peperangan Bosnia walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui sekiranya peperangan tercetus, Rusia, England, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Italy dan Perancis akan menyerang Kerajaan Islam dan mengambil Bosnia. Awni memberikan maklumat palsu kepada Khalifah Abdul Hameed tentang kekuatan tentera Islam di Bosnia. Dia berkata terdapat 200,000 tentera Islam di sana sedangkan apabila Khalifah Abdul Hameed mendapatkan maklumat dari pemimpin-pemimpin tentera yang lain, hanya terdapat 30,000 tentera Islam di Bosnia, berhadapan dengan lebih 300,000
tentera kafir.

Bagaimanapun umum menyukai Awni pada ketika itu dan sekiranya Khalifah Abdul Hameed cuba memecatnya, kestabilan dalam negara akan terancam. Kuasa-kuasa kafir Barat, apabila menyedari mereka berhadapan dengan lawan yang kecil bilangannya telah menyerang Bosnia dengan bantuan empat negara Balkan (Romania, Montenegro, Serbia dan Austria-Hungary).



Akibat dari peperangan ini, Bosnia dan Greece telah dirampas dari Kerajaan Islam. Setelah kekalahan tersebut, barulah Khalifah Abdul Hameed boleh mendapatkan sokongan umum dalam memecat Awni. Mahkamah mendapati Awni bersalah kerana konspirasi menjatuh kerajaan dan membantu kuasa asing seperti England.

Kejatuhan 'Orang Sakit Eropah' kelihatan seperti tidak dapat dielakkan lagi. Semua pihak bersekongkol menjatuhkannya, termasuklah pihak Yahudi. Pada tahun 1901, seorang pemilik Bank Yahudi, Mizray Qraow dan 2 lagi pemimpin Yahudi yang berpengaruh datang melawat Khalifah Abdul Hameed dengan tawaran:

1) Membayar SEMUA hutang Kerajaan Islam Uthmaniyyah
2) Membina Angkatan Tentera Laut Kerajaan Isslam Uthmaniyyah
3) 35 Juta Lira Emas tanpa interest untuk membantu perkembangan Negara Islam Uthmaniyyah

Sebagai Pertukaran Kepada:

1)Membenarkan Yahudi melawat Palestin pada bila-bila masa yang mereka suka dan untuk tinggal seberapa lama yang mereka mahu "melawat tempat-tempat suci"

2) Membenarkan Yahudi membina penempatan di tempat mereka tinggal di Palestin dan mereka mahukan tempat yang hampir dengan Baitul-Maqdis

Khalifah Abdul Hameed enggan berjumpa mereka sekalipun, apalagi menerima tawaran merreka. Beliau mengutuskan jawapan beliau melalui Tahsin Pasha yang berbunyi,

"Beritahu Yahudi-yahudi yang tidak beradab itu bahawa hutang-hutang Kerajaan Uthmaniyyah bukanlah sesuatu yang nak dimalukan, Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Baitul-Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi Islam ketika Umar ibn Al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggung-jawab dan amanah yang diberikan oleh ummah ini kepadaku. Biarlah Yahudi-yahudi itu menyimpan wang mereka, umat Islam
Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang
musuh-musuh Islam." - (di manakah pemimpin seperti ini pada hari ini? )


Khalifah Abdul Hameed juga menyuruh mereka pergi dan jangan sekali-kali datang untuk berjumpa dengan beliau lagi. Dengan terlibatnya Yahudi dan Zionis di dalam konspirasi ini, maka lengkaplah 'peserta-peserta'nya. Kewangan Yahudilah yang membiayai kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Mereka sanggup memberikan apa sahaja kerana mereka tahu selagi Khilafah Islam wujub di muka bumi ini, walau selemah mana, mereka tidak akan dapat menubuhkan sebuah 'Negara Yahudi' di bumi Palestin.

-Theodor Hertzil, pengasas zionist-

Yahudi tidak berputus asa dengan kegagalan mempengaruhi Khalifah Abdul Hameed. Pada akhir tahun yang sama, 1901, pengasas gerakan Zionis. Theodor Hertzil, melawat Istanbul dan cuba bertemu dengan Khalifah Abdul Hameed. Khalifah Abdul Hameed enggan bertemu Hertzil dan mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya, Nasihatkan Dr. Hertzil supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya.

Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah ini kerana ia bukan milikku, ia untuk Ummah Islam seluruhnya. Ummat Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan wang dan jutaan mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup, aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin dipecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini ('penjualan Palestin') adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup."
-(ini pendirian Khalifah di saat-saat kehancuran, bagaimanakah tindakannya
sekiranya Khilafah Islam masih kuat ketika itu? Ya Allah, berikan kami peluang
menyaksikannya atau berikan kami Shahid dalam usaha mendapatkannya, Amin

Dengan kegagalan ini, Yahudi mendapatkan bantuan British untuk mencapai impian mereka.Pihak British dan Perancis telah bersedia untuk menghancurkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Tetapi perkataan JIHAD masih tetap ditakuti, masih membuatkan seluruh Eropah bergegar. Eropah masih takutkan 'Orang Sakit Eropah'. Maka British mengambil keputusan menggunakan polisi luarnya yang paling penting, 'Pecah dan Perintah'. British mula menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti 'Turki Muda' dan 'Arab Muda'. Apabila 'Turki Muda' menjadi berpengaruh di dalam Negara Islam, Britain hanya perlu berpeluk tubuh, membiarkan 'Turki Muda' ini meneruskan usaha mereka. 'Turki Muda' memulakan aliran Kebangsaan dan Perjudis di kalangan penduduk bangsa turki di dalam Negara Islam. Kesannya, bangsa Arab, Amenia, Kurdish dan lain-lain (Melayu? - jauh selepas itu) juga mahukan aliran kebangsaan mereka sendiri. Mereka mula merasakan semangat sebagai sebahagian dari bangsa mereka, tidak lagi sebagai Umat Islam dan inilah titik mulanya kejatuhan Khilafah Islam.

-perang dunia pertama-

Kemudiannya, ketika Perang Dunia Pertama, bangsa Arab telah bersekongkol dengan British dan Perancis dan melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyyah. Mereka kemudiannya 'bebas' dari Khilafah Islam dan dijajah oleh British dan Perancis yang belot ke atas mereka.

Khalifah Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan Negaranya. Beliau membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada rakyat. Tentera Uthmaniyyah bukanlah selemah yang dipropagandakan oleh musuh ('Orang Sakit Eropah'?). Artileri Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan yang paling kuat di dunia. Tentera Lautnya pula tersusun rapi dan diakui yang ketiga terkuat selepas British dan Perancis. Banyak industri seperti persenjataan, penenunan dan sebagainya dimulakan. Sistem jalanraya diperbaharui dan pelabuhan-pelabuhan dibesarkan. Sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Syria mempunyai lebih 1300 suratkhabar dan majalah.

Pada suatu ketika kelihatan seperti 'Orang Sakit Eropah' akan bangkit semula, tetapi kuasa-kuasa Barat tidak mungkin membiarkan kesatuan Ummah ini berterusan. Penduduk minoriti bukan Islam di dalam Kerajaan Islam digunakan oleh mereka untuk mencetuskan ketidaksatabilan dan kekecohan. Barat sentiasa mahu campur-tangan dalam urusan dalaman Kerajaan Islam atas alasan 'membela minorit Kristian'.

Mereka juga memulakan kempen pendakyahan Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah-sekolah Kristian dan gereja-gereja (buktinya ada di depan mata kita). Matlamat utama mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada Islam yang sebenar dan melibatkan mereka dengan tabiat sosial dan pemikiran yang tidak Islamik. Media-media cetak juga ditubuhkan untuk tujuan yang sama (Hiburan dan sebagainya), meracuni pemikiran umat Islam dan mengembangkan idea-idea songsang di kalangan mereka. Barat juga menyusahkan Kerajaan Islam dengan menggunakan penduduk minoriti. Mereka menggalakkan dan membiayai revolusi Armenia menentang Kerajaan Islam. England membantu puak Druze yang sesat manakala Perancis menolong 'Maronites' di Lebanon dan kedua pihak ini terlibat dalam peperangan yang terpaksa diselesaikan oleh tentera Islam. Pada satu ketika tentera Islam terpaksa menenangkan umat Islam di Damsyik dari membunuh seluruh penduduk Kristian. Era tersebut penuh dengan konspirasi dari pelbagai arah yang dirancang oleh Barat dan terpaksa dihadapi oleh Khalifah Abdul Hameed dan lain-lain umat Islam yang masih jelas pendirian mereka.

Adalah penting juga untuk kita lihat kedudukan kewangan Kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu. Ketika Khalifah Abdul Hameed dilantik sebagai Khalifah, hutang Kerajaan Islam adalah 2.528 Juta Lira Emas Uthmaniyyah. Ketika beliau dijatuhkan, hutang tersebut hanya tinggal 106 Juta Lira. Beliau berjaya menurunkan hutang sehingga 1/20 daripada jumlah asalnya. 'Turki Muda' yang berkuasa selepas itu 'berjaya' menaikkan hutang Turki sebanyak 1300%. Melihatkan kejayaan Khalifah Abdul Hameed membayar hutang-hutang tersebut, jangan disangka beliau tidak membangunkan negara. Beliau membina talian-talian Fax di antara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki. Kemudian beliau menghubungkannya ke talian Fax Iran dan India. Beliau berjaya mendapatkan balik kos projek tersebut dalam masa 2 tahun kerana kemudahan yang disediakan itu mendapat sambutan hangat terutamanya oleh para jemaah haji.

Khalifah Abdul Hameed menyedari bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah Kesatuan Ummah yang jitu. Khalifah Abdul Hameed menyedari bahawa kuasa-kuasa kuffar Barat cuba memecah-belahkan Negara Islam dan kemudiannya menguasai setiap satu secara berasingan. Kesatuan Ummah diperlukan. Beliau mula menyedarkan ummah tentang konsep Khalifah Uthmaniyyah sebagai pemimpin seluruh dunia Islam (ramai yang telah lupa ketika itu). Umat Islam di India berjaya difahamkan dan ini menimbulkan masalah kepada British. Kesan yang sama berjaya diwujudkan dengan umat Islam Rusia dan di selatan USSR. Rusia juga merasa tertekan. Pada ketika itu, Khalifah Abdul Hameed, menurut catatan hariannya, merasa tertekan. Beliau memulakan kerjasama dengan Jerman tetapi kemudian sedar bahawa Jerman juga mahukan sebahagian dari Negara Islam. Beliau
merasakan 'Perang Besar' semakin hampir dan pihak yang berperang inginkan bahagian-bahagian Negara Islam.

Khalifah Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar, yang kuat, sesuatu yang dapat membangkitkan Kesatuan Ummah di hati-hati umat Islam sedunia. Antara lain, usaha beliau adalah pembinaan Jalan Keretapi Hijaz (1900). Jalan Keretapi berkenaan adalah dari Damsyik ke Madinah dan dari Aqaba ke Maan. Ia menjadi simbol Kesatuan Islam. Setiap umat Islam yang pergi menunaikan haji merasai bagaimana Khalifah berusaha menyatukan mereka. Ia juga berfungsi sebagai cara yang pantas menghantar unit-unit tentera. Khalifah Abdul Hameed juga berusaha melancarkan kempen Kesatuan Ummah di selatan Rusia, India, Pakistan dan Afrika. Beliau mula menjemput ulama'-ulama' Islam dari Nusantara, Afrika dan India ke Negara Islam Uthmaniyyah. Beliau juga memulakan
program pembinaan masjid dan institusi-instutsi Islam di serata dunia Islam.

Kuasa-kuasa Barat pula telah bertindak menghimpit dunia Islam. Tunisia melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyah pada 1877. Perancis menduduki Tunisia pada 1881 (lihat taktik mereka). Britain menduduki Mesir pada 1882. Belanda menduduki Indonesia. Rusia menduduki Asia tengah. Britain menguatkan kedudukannya di India dan Sudan (juga Tanah Melayu).

Akhirnya, pada hari Selasa, 27 April 1909, 240 ahli Senat Kerajaan Uthmaniyyah bersetuju atas tekanan kuat 'Turki Muda Kebangsaan' untuk menyingkirkan Khalifah Abdul Hameed. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali telah menulis fatwa penyingkiran tersebut. Pihat Senat meluluskannya. Terjemahan Fatwa tersebut adalah seperti berikut:

"Sekiranya pemimpin umat Islam mengambil isu-isu agama yang penting dari buku-buku perundangan dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan wang Negara dan terlibat dengan perjanjian yang bertentangan dengan Hukum Islam, membunuh, menangkap, membuang negeri, rakyat tanpa apa-apa sebab, maka berjanjilah untuk tidak melakukannya lagi dan masih kelakukannya untuk memeritkan keadaan umat Islam di seluruh dunia Islam maka pemimpin ini hendaklah disingkirkan dari jawatannya. Sekiranya penyingkirannya akan membawa keadaan yang lebih baik daripada beliau terus kekal, maka beliau mempunyai pilihan samada meletakkan jawatan ataupun disingkirkan dari jawatan"


-pengusiran khalifah daripada istana-


Sheikhul Islam Muhammad Dia' Aldin Afandi

Fatwa ini sangat aneh dan sesiapapun boleh melihat bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di dalamnya tidak berkaitan dengan perbuatan dan tindakan Khalifah Abdul Hameed langsung. Selepas itu Ketua Jemaah Menteri, Tawfiq Pasha telah diminta menyampai keputusan itu kepada Khalifah Abdul Hameed. Beliau enggan. Maka mereka menghantar sekumpulan 4 orang; Aref Hikmat, Aram Afandi (bangsa Armenia), As'ad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi). Ketika memasuki pejabat beliau, mereka melihat beliau sedang berdiri dengan tenang. Aref Hikmat membacakan Fatwa tersebut kepadanya, kemudian As'ad Tobatani mara dan berkata, "Ummah ini telah menyingkirkan kau dari jawatan Khalifah." Khalifah Abdul Hameed berkata dengan kemarahan, "Ummah ini telah menyingkirkanku dari jawatanku, tidak mengapa...tetapi kenapa kamu membawa Yahudi ke dalam Pejabat Khalifah?" dan beliau menuding ke arah Qrasow. Jelas sekali Yahudi membalas dendam atas penolakan Khalifah Abdul Hameed untuk menjual Palestin kepada mereka dan mereka mahu menunjukkan bahawa mereka terlibat menjatuhkannya. Satu cabaran kepada maruah Khalifah Abdul Hameed dan cabaran kepada maruah Ummah ini, saya dan anda.

-fatwa penyingkiran khalifah? atau fatwa jihad?-


Setelah penyingkirannya, ramai penulis-penulis yang menyerang beliau dari sudut rasmi dan peribadi. Salah seorang dari mereka adalah John Haslib, bukunya "The Red Sultan" menjadi terkenal dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa termasuk bahasa Arab dan Turki. Sebuah buku bahasa Turki "iki me vrin perde arkasi - yazan : nafiz tansu" oleh Ararat Yayinevi juga merupakan sebahagian dari propaganda yang cuba menunjukkan bahawa 'Turki Muda' telah menyelamatkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah daripada kehancuran. Sebuah lagi oleh penulis Arab-Kristian yang terkenal, Georgy Zaydan, "Stories of the Islamic History - The Ottoman Revolution." Kesemua buku-buku ini adalah penipuan-penipuan yang ditulis oleh musuh-musuh Islam. Buku-buku ini menggambarkan Khalifah Abdul Hameed sebagai seorang yang tenggelam dalam kemewahan dunia seperti wanita dan arak, dan juga seorang pemerintah yang zalim ke atas musuh-musuh politiknya dan rakyatnya. Penipuan-penipuan ini tidak mungkin tertegak kerana kebenaran akan sentiasa terbukti.


Selepas Khalifah Abdul Hameed, muncullah beberapa pemimpin yang lemah. Mereka tidak mampu memerintah dan hilang kuasa mereka dengan mudah. Seperti yang dijangkakan oleh Khalifah Abdul Hameed, Peperangan Dunia Pertama meletus dan Bumi Islam Kerajaan Uthmaniyyah dipecahkan. Orang-orang Arab bangkit menentang Khalifah di Hijaz dengan bantuan Bristish dan Perancis untuk 'bebas' dibawah penjajahan 'penolong-penolong' mereka. Bumi Islam Palestin diserahkan kepada Yahudi. Kalaulah mereka mendengar nasihat Khalifah Abdul Hameed.

'Turki Muda Kebangsaan' mengambil-alih kuasa dan Mustafa Kamal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada 1924. Buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam, kepimpinan Islam yang bersatu sejak zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat, hilang. Perang Salib berakhir dengan kemenangan bagi Barat.

-bapa sekular turkey moden seorang freemanson, bertanggungjawab menjatuhkan khalifah-



Hari ini, Ummah ini kembali dibangkitkan dari kehancuran peperangan Arab-Israel 1967, dari kehancuran Peperangan Bosnia, Peperangan Chechnia, Peperangan Kashmir, Peperangan Moro, Peperangan Afghanistan. Ummah ini mula sedar bahawa tanpa Islam mereka tiada kekuatan. Tanpa kesatuan mereka menjadi hidangan musuh, tanpa Jihad mereka terus dalam kehinaan. Setelah puluhan tahun, azan kembali berkumandang di Turki dalam bahasa Arab, walaupun sementara.

Marilah kita sama-sama membacakan al-Fatihah untuk roh Khalifah Abdul Hameed dan semua umat Islam yang menjual jiwa mereka demi keagungan seluruh Ummah ini. Semoga dengan ini anda kembali jelas dan yakin dengan perjuangan ini dan hilanglah segala salah-faham dan kesangsian tentang kenyataan ini.

Mentari Mungkin Telah Terbenam,
Tetapi, Insya-Allah, Ia Akan Terbit Kembali ..
Tunggulah Kedatangan Muhamad ke II

Rabu, 28 Julai 2010

BABI DAN ULAR



Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W


sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S...A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.



Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu Berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang.Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.


Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ulaR sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat


2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya..


3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".


JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , CERITAKANLAH KISAH INI KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Ahad, 25 Julai 2010

Pesanan Abul 'Ala Al-Maududi kepada Mahasiswa :




"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah.

"Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.

Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si 'pembunuh' sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.

Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk.
Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."
---------------------------------------------------
Fikir2kan wahai mahasiswa yang berada dalam golongan 4.29 juta yang belum mendaftar sebagai pengundi!

wahai saudara semahasiswa ku! kuasa ini adalah milik kalian, jadi gunakanlah kuasa ini untuk menentukan hala tuju negara kita. kalau kalian tidak ambil tahu maka siapa lagi yang akan pedulikan nasib rakyat di tanah air ini.. para pemerintah kini terus menerus merompak harta rakyat dengan mengurangkan subsidi barang keperluan, peningkatan kos pendidikan, sedangkan masih ramai lagi rakyat yang miskin yang masih belum terbela. adakah kalian redo dengan pembantaian ini? buka hati dan buka minda, jangan biarkan mereka-mereka ini terus memperbodohkan kalian, terus membunuh keintelektualan kalian dengan nikmat keseronokan dunia yang sementara. ayuh kita bangun dari segala kelalaian .... bangkitlah warga mahasiswaku sekalian....