Rabu, 12 Januari 2011

Perjalanan Ini

-Perjalanan Ini-

Teman……
Kiranya dirimu tersedar
Langkah ini ada penghujungnya
Kiranya dirimu teringat
Langkah ini akan sampai ke akhirnya

Ayuh..
Marilah bersama..sambut tanganku..
Meniti liku-liku perjalanan
menikmati nikmat perjuangan..
sebenar...

yang indah cuma sesaat..
akan dihati terpahat..
kerana keindahan yang hakiki
disyurga nan FIRDAUSI...

Teman………..
Detik-detik perjalanan kita
terlalu banyakjika mahu dibukukan..
Terlalu panjang jika ingin diceritakan..
Asam dan garam dikecapi bersama

Tapi kenapa………
Pada saat pengakhiran ini
Terasa diri ini begitu terasing
Terasa diri ini terlalu sunyi

Ketika ini….
Terdengar panggilan
Semakin jelas kedengaran
Aku kan sampai ke akhirnya
berjumpa Kekasih yg sangat
kurindui dan cintai......


Teman…………
Ku mohon doamu..
Biarpun sepotong Al-Fatihah
Agar diriku tenang dan damai
Dalam perjalanan menemui yang Esa
Wasiatku..peliharalah dirimu..dgn IMAN & TAQWA..
Semoga kita bertemu
disana...

Tuhanku ya Allah…..
Ku mohon ampunanMu
Ku mohon rahmatMu
Agar diriku tenang menemuiMu
Tempatkanlah diri ku
Bersama syuhada dan solehin

Lantas……..
Kembali ku tersentak
Dari segala lamunan
Dari segala mimpi-mimpi
Perjalananku hampir tamat..

Teman..


Aku hamba Tuhan yg lemah..
serta hina.
Ku mohon ampun dan maaf
Kiranya ada tercalar di hati
Kiranya ada tercalar di kata

Teman..
ketahuilah....aku berteman
hanya kerana
Allah
semata-mata...

Buat kenangan akhirnya
Sambutlah salamku yang terakhir
Salam
Mahabbah Lillahi Taala



* Puisi karya Nursyasira Jamal *

sekilas pandangan ku sebelum meninggalkan kampus...


Semakin hari semakin aku menghitung hari dan detik untuk aku melangkah pergi daripada alam mahasiswa untuk ke alam perkerjaan yang lebih mencabar. Apa pun tahniah kepada sahabat-sahabat yang lain yang telah berjaya menamatkan pengajian, yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi dan yang baru memulakan pengajian di peringkat ipt.

Telah lama aku mengikuti perkembangan yang berkaitan dengan mahasiswa tanah air ku yang tercinta ini dengan demostrasi demi demostrasi, aktiviti demi aktiviti yang dianjurkan. apa pun yang paling penting sekali tentang peranan anak muda khususnya mahasiswa ini berada di lapangan masyarakat bagi menuntut bela atas kebajikan masyarakat. hari ini rata-rata yang berpendidikan tinggi berpandangan bahawa isu kebajikan rakyat ini menjadi modal terpenting dalam memenangi suatu agenda khasnya dalam agenda politik.

baru-baru ini saya melihat rentetan apa yang berlaku pada mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah Kedah tentang perhimpunan yang diadakan. saya mengucapkan tahniah kepada mereka atas kesungguhan yang diberikan dalam menuntut hak mereka. Apa yang pasti suara mereka itu telah mewakili rakyat yang kini merasa tertekan atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh sang pemerintah yang kini rakyat telah merasa beban penderitaannya. rakyat perlulah sedar dengan situasi yang berlaku dalam suasana kehidupan yang menghimpit dengan kenaikkan harga barang keperluan seperti petrol, minyak masak, gula dan sebagainya.. disini juga kita dapat melihat bertapa gagalnya kerajaan yang sedia ada pada hari ini dalam mengurus harta kekayaan negara.. kerajaan perlu ingat bahawa harta yang negara perolehi pada hari ini bukanlah hak milik kekal kerajaan.. pada pandangan islam harta yang diperolehi oleh kerajaan hasil keringat penat lelah rakyat maka harta itu perlu dikembalikan kepada rakyat.

pada masa ini memamg tepat la pada masanya mahasiswa perlu bangkit dari tidur yang lena setelah mahasiswa dahulunya dibuat dengan mimpi-mimpi yang indah dan di kongkong mindanya daripada berfikir jauh melangkaui masa bagi bersama-sama untuk kebajikan rakyat malaysia.. ayoh melangkah bersama bagi membangkitkan kesedaran tentang hak stiap manusia.. jangan membiarkan diri kita terus diinjak oleh sang penguasa serta membiarkan hak-hak kita terus dirompak untuk diisi kedalam perut-perut mereka... bangkitlah mahasiswa bersama rakyat.. berjuang demi tanah air yang tercinta....

perlukah kau mengungkit???


Perlukah mengungkit?? aku sememangnya x sempurna seperti yang engkau harapkan, dan aku tak pernah meminta balasan pun dari makhluk... tersiksanya hati ni bila kau campakkan aku sendirian.... aku x secerdik engkau... perlukah aku melalui satu method sedangkan aku x mampu utk melalui itu....
Aku memang agak terasa hati dengan kata-kata seolah-olah mengungkit apa yang pernah aku terima.. kalau la aku tau benda ni sejak awal lagi, tak lah aku nak ambil duit yang dikatakan zakat itu.. sedangkan sebelum ini aku tak pernah meminta satu sen pun duitnya..

Maaf la kalau ana termakan harta enta selama kita berukhwah.. sejujurnya memang tak pernah terlintas dalam hati ini berukhwah semata-mata untuk mengambul kesempatan.. soalnya siapa yang datang kepada siapa?? memang ana memerlukan enta sebagai murobbi ana, untuk membimbing ana ke jalan yang diredhai allah.. ana juga slalu cermin kepada diri ana sendiri, ana tidak lah sebaik macam ikhwah-ikhwah yang lain. baca quran sehari 1 juzuk, solat malam tak pernah tinggal, aktif berdakwah sana sini, tapi ana sendiri punyai banyak kekangan yang perlu ana lalui.. kesana kemari memerlukan duit sedangkan sumber itu aku perolehi hanya cukup sekadar keperluan asas aku sebagai seorang mahasiswa.. itupun kadang kala ana terpaksa mengikat perut sebab tak cukup duit untuk makan... perlukah anta mengungkit zakat yang anta bagi tu walau pun hanya sekali ana terima daripada anta?? ana x pernah mengharap pun duit zakat anta tu... serik la ana lepas ni untuk terima apa-apa sumbangan daripada anta.. ana bukan nak mengelak daripada anta, tapi ana tak mampu untuk kemana-mana.. cukup lah.. ana bukan peminta sedekah.... mohon maaf atas kekurangan diri ini.... ana tak mampu untuk menjadi sesempurna yang anta harapkan... ana lebih selesa dengan jemaah yang ana anggotai sekarang.. terasa ukhwah bersama mereka itu lebih bermakna... ana tak bermaksud nak memutuskan tali persaudaraan ini.. tapi hati ana cukup perit untuk menelan semua mehnah ini melalui tulisan anta... ana mohon ampun atas kekurangan ini... =(

Ahad, 12 Disember 2010

hari yang membosankan

bosan la plak nk cakap macam pemberita ni... banyak benda yang dapat aku blajar sebenarnya.. yang aku tengok dan perhati ialah mengenai ukhwah islamiah... kadang aku sering terfikir kenapa lah kita sesama islam ni terlalu susah nk menghubungkan tali silaturrahim.. perlu ke kita berkawan terlalu memilih?? pada aku la kan.. berkawan ni bukan x boleh nk memilih.. tapi dalam apa jua keadaan pun kita mestilah beserdehana dalam bersahabat.. walau macamana pun sahabat yg kita kenal, walaupun die x setaraf dengan kita, mungkin berbeza dari segi latar belakang pendidikan, pekerjaan, kedudukan harta, pangkat dan sebagainya, ini x bermaksud kita x boleh bersahabat.. ingatlah sesungguhnya kita manusia ni saling perlu memerlukan, lengkap melengkapi... tolonglah rakan2 seperjuangan ku... hubungkan tali persaudaraan sesama manusia. x kira apa bangsa sekalipun, apa agama sekalipun kerana disitu juga lah mudah untuk kita memperomosikan islam ini kepada semua orang.. aku teringat ade sorang perempuan ni mengadu kt aku bila mana die join persatuan islam.. die kata die tu sedar yg die tu x la sebaik kawan2 die yg lain, kawan2 die pakaitudung labuh suma tu kan.. tapi adakah dengan pakaian kita yg kita rasa sempurna tu membolehkan kita ni suka mengata orang lain? kononnya dia saja yg betul.. org yg x macam dia tu salah? sedarlah... kita di atas dunia ni memang allah suruh menyeru kepada kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran, tp dalam kita nk suruh orang buat baik ni biarlah kene pada caranya.. bukan kita senang2 nk menghukum orang lain. walaupun kita nmpak kawn tu tutup aurat x sempurna, salahkah kita tegur die dalam keadaan yang paling baik?? contohnya tegur dengan bersemuka, kata2 yang lembut dan baik, x memaki hamun orang lain. yang paling penting ialah menjaga maruah mad,u kita... itu lah ajaran yang baik.. die nk terima ke tak terima itu die punya hal.. ermmmm.. aku pun malas nk berceloteh panjang.. hehehehe sekadar nk masuk korum je ni.. hehehehehe... aku harap blog ni jgn la dijadikan utk bhn rujukan yer.. haahahahaha.... klu nk baca suka2 boleh la.. hehehehe.. apa pun aku mintak maaf la klu ade sesapa yang terasa hati tu... hamba ni pn makhluk allah jgk, x tarlepas dari kesalahan.. hehehehe.. jumpa lagi yaaa... seee uuuuu